
ARAHAN KEPADA CALON
1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa perkara berikut :
i. Surat Panggilan menduduki peperiksaan;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Alat tulis; pensil 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;
2. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3. Calon mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
6. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
7. Calon mesti mengenal pasti tempat pusat peperiksaan dijalankan.
8. Calon wajib berpakaian kemas dan sopan.
PANDUAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian.
BAHAGIAN I
Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
BAHAGIAN II
Seksyen A - Sahsiah Diri
Seksyen B - Minat
BAHAGIAN I
Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Masa : 40 minit
Soalan : 50
Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut
i. Kemahiran Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan
ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii. Konsep Matematik
Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.
Masa : 45 minit
Soalan : 40
Seksyen C- Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur dari aspek :
(i) Kemahiran memindahkan maklumat
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran Tatabahasa dan Kosa Kata
Masa : 45 minit
Soalan : 40
Seksyen D- Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan
Seksyen E- Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan
BAHAGIAN II
Seksyen A – Sahsiah Diri
Seksyen ini untuk mengenal pasti profail sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.
Masa : 40 minit
Soalan : 200
Seksyen A – Minat
Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan.
Masa : 20 minit
Soalan : 227
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
Posted by Admin
Subscribe to:
Posts (Atom)